KITAR SEMULA

PROGRAM KITAR SEMULA SEKOLAH

Program mengumpul bahan kitar semula di sekolah.

Penganjur Bersama :


1.  Kelab Sahabat Alam Sekitar Sekolah
2.  Persatuan Perniagaan
3.  Persatuan Pertanian

Dengan Kerjasama :

1.  Pertubuhan Sahabat Alam Sekitar Johor Bahru


KELAB SAHABAT ALAM SEKITAR

Kelab Sahabat Alam Sekitar Sekolah dengan kerjasama Pertubuhan Sahabat Alam Sekitar Johor Bahru akan membina sebuah Pusat Pengumpulan Kitar Semula di tapak lama Kajian Air Hujan Geografi berkedudukan di laluan belakang antara Blok A dan Blok B.

Aktiviti gotong-royong akan diusahakan dengan kerjasama pekerja pembersihan sekolah untuk mengecat semula BINAAN KITAR SEMULA dan tong-tong tiga warna yang sekarang digunakan sebagai tong pembuangan sampah. 


Tapak yang dipilih untuk Pusat Kitar Semula Sekolah


PERSATUAN PERNIAGAAN

CADANGAN PERTAMA - Panitia Ekonomi disyorkan menganjurkan Pertandingan Pengumpulan Botol Plastik Terpakai melibatkan semua pelajar dengan insentif seperti berikut :

1.  Pelajar yang menyerahkan sekurangnya 10 biji botol (bergambar selfie semasa penyerahan) akan diberikan Sijil Juara Sahabat Alam Sekitar. Urusan serahan sijil di bawah Panitia Perniagaan.
(Sijil akan disediakan oleh Jawatankuasa Kelestarian Sekolah).

2.  Kelas yang mengumpul botol terpakai terbanyak diberikan hadiah HAMPER mengikut tiga kedudukan terbaik.

CADANGAN KEDUA - BEKERJASAMA DENGAN PERSATUAN PERTANIAN  

Botol yang dikumpulkan sebahagiannya diserahkan kepada Panitia Pertanian untuk digunakan bagi projek PENJUALAN BAJA ORGANIK JENIS AB kepada pelajar, guru dan ibu bapa dalam kuantiti 500 ml sebotol,

Belian baja AB dalam bentuk belum bancuh akan dibuat oleh Jawatankuasa Kelestarian Sekolah menggunakan dana kemenangan kelestarian tahun lepas. 

CADANGAN KETIGA 

Kuiz Perniagaan di Pentas Dewan Al Ghazali. 

No comments:

Post a Comment