1. Jawatankuasa Keceriaan Tandas Sekolah
2. Jawatankuasa Kelestarian Sekolah
3. PIBG Sekolah
AKTIVITI YANG DICADANGKAN
A. Peruntukan Yang Telah Diluluskan / Diterima
Pihak PIBG telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3,000 kepada Jawatankuasa Keceriaan Tandas Sekolah pada Julai 2022. Tujuan peruntukan adalah untuk menceriakan tandas serta melengkapkan alatan dan perkakasan yang perlu disediakan di semua tandas sekolah.
PIHAK KPM telah meluluskan peruntukan sebanyak RM150,000 kepada pihak sekolah. Antara skop kerja yang dijalankan ialah MENAIK TARAF DUA TANDAS PELAJAR dengan kemudahan dan kemasan berjubin penuh.
B. Pertandingan Poster Menggunakan Grafik Multimedia
1. Panitia Grafik Asas Komputer mengendalikan pertandingan Melukis Poster Grafik Komputer
dengan tema SAYANGI TANDAS KITA.
a. Saiz penyertaan A3, dihantar dalam bentuk PDF.
b. Setiap penyertaan diberikan sijil penyertaan.
c. Semua grafik yang cantik akan dicetak dan ditampal di ruang tandas kita.
d. Hadiah disediakan hingga tempat ke 10.
C. Menanam pokok halau nyamuk di semua pintu masuk tandas sekolah.
1. Pokok akan disediakan oleh Jawatankuasa Kelestarian Sekolah dengan kerjasama Syarikat
Pembersihan Sekolah.
2. Pokok akan ditanam menggunakan kaedah hidroponik statik,
3. Pokok akan dijaga dan disiram setiap hari oleh pekerja kebersihan.
No comments:
Post a Comment